Thursday 28 July 2016

Malaysian Horror Story : Doll Collector Ep 3 : Valerie

LEAVE VALERIE!
YOU DON'T DESERVE HER

Nina meninggalkan Kafe James dengan marah selepas membaca kad yang diberikan kepadanya oleh pelayan bagi pihak Mr. J.

"Gila tetek apa bagi aku amaran haram ni! Buang masa aku datang! Ingat betul-betul nak buat doll giveaway! Kalau bukan sebab doll tu mahal, jangan harap aku nak datang!" Nina menjerit.

Nina bergegas menaiki lrt untuk kembali ke kolejnya. Nina memang terkenal sebagai selebriti laman sosial. Sifatnya yang suka berkongsi idealogi mengenai budaya popular membuatkan dia popular. Apa sahaja isu yang boleh dikupaskan dan terkenal, akan dikongsikan oleh Nina melalui laman sosialnya. Walaupun dia memang terkenal dengan kemahirannya berkomunikasi tentang isu semasa dan boleh membuatkan orang jengkel dengan perangainya, Nina mempunyai kelebihan untuk membuat orang menyayanginya dengan gaya manjanya. Malahan ramai kawan perempuannya meminatinya lebih dari kaum lelaki. Tambahan pula, adik lelaki Nina sangat kacak dan wajahnya seakan-akan Nina jika dia pun bertudung. Bonus tambahan untuk peminat-peminat gay Nina. 

Seperti Taylor Swift, Nina amat setia kepada kawan-kawannya. Dia langsung tidak boleh berkongsi kawan-kawannya dengan orang lain. Jika dia tahu, Nina yang sopan-santun akan bertukar menjadi mean girl secara automatik. Dan salah seorang kawan baiknya adalah Valeri iaitu seorang gadis Cina yang comel, amat peramah dan merupakan seorang doll seller yang dikenali dalam kalangan komuniti dolls kerana menjual dolls dengan harga yang berpatutan.

"Gila tetek betul Az tu! Haram!!!" Nina menjerit dalam hatinya lagi.

Nina mengenali Az, walaupun dia berpura-pura tidak mengenalinya. Dia tidak menyukai Az kerana Az telah merampas Valerie darinya. Semuanya bermula apabila Az berkenalan dengan Valerie. Mereka berkawan rapat kerana mempunyai minat mengumpul dolls yang sama. Tambah api ke atas minyak yang panas apabila Nina sering kali membaca status-status facebook Az yang menyatakan kegembiraannya mempunyai Valerie sebagai kawan baiknya. Nina dapat membaca status-status tersebut kerana akaun facebook Az yang terbuka. Nina juga cuba memusnahkan akaun facebook Az dengan melaporkan kepada pihak facebook Az menganggunya di laman sosial sebagai stalker. Ia menyebabkan Az terpaksa membuat akaun facebooknya berulang kali.

"Entah-entah Az ni yang Mr J? Dia sengaja aturkan giveaway haram ni semata-mata nak kenakan aku? GILA TETEK!!!!" Nina marah dalam hatinya lagi.

Nina berazam akan membalas kembali lawak 'bodoh' Az ini. Az telah membuang masanya! Dan apa hak Az menyuruhnya meninggalkan Valerie? GILA TETEK! HARAM!

Nina memikirkan rancangan balas dendamnya kepada Az. Dia terus berfikir dan berfikir. Akhirnya lrtnya sampai di stesyen Gombak. Bas menuju ke kolejnya sudah bergerak apabila Nina sampai di tempat tunggu bas. Nina berlari mengejar bas tersebut.

"TUNGGU!!!"

BAM!!! Sebuah kereta melanggar Nina dengan laju. Kereta itu berhenti di sebelahnya dan Nina dapat melihat pemandunya memakai topeng.

"Mr. J says HI!" 

Kereta itu melanggar badan Nina sehingga hancur luluh dan terus beredar dengan laju!

No comments:

Post a Comment