Thursday 28 July 2016

Malaysian Horror Story : Doll Collector Ep 7 : Perfect Doll

Az turun keluar dari kereta Jaguar dan terpegun melihat di depannya sebuah rumah agam moden.

"Rumah sapa ni, bang?"

"Ni rumah tuan saya. Dia suruh awak masuk ke dalam. Pintu gate dah bukak. Nanti dia akan bagitau semuanya," ujar pemandu kereta tersebut.

Az menurut dan memasuki kawasan rumah agam tersebut. Dia membunyi loceng di depan pintu rumah.

"Assamualaikum! Anyone home?"

Pintu dibuka. Seorang lelaki berusia dalam 40an menyambutnya.

"Mr. J?" Az bertanya.

"Ya, saya. Sila masuk."

Az memasuki rumah tersebut. Az dipelawa untuk duduk di sofa ruang tamu. 

"Saya buat air sekarang."

"Eh, tak payah susah-susah la bang... lagipun..."

"Nonsense! Sekejap je!"

"Baik..."

Sementara menunggu, Az sempat melihat sekeliling ruang tamu. Dia kagum dengan figura Hot Toys dari koleksi pertama sehinggalah koleksi Wonder Woman dan Harley Quinn yang terbaru keluaran jenama idamannya itu. 

"Nah, saya tahu Az suka kopi ais kan?"

Az menerima sebotol kopi ais Starbuck. 

"Tapi macam mana abang tahu saya suka?"

"Cause I am James."

"La ni lah James yang legend tu? Akhirnya dapat gak tengok muka! Ingatkan sebaya, rupanya pak cik-pak cik dah...eh...sorryyyyy... saya..."

"Tak apa, am old. I know."

"Maaf tanya... Boleh saya tanya kenapa James jemput saya ke sini? Bukan saya tak suka, tapi tertanya-tanya gak... Out of nowhere gitu..."

"Sebab best borak-borak dengan Az kat facebook pasal dolls. Pasal toys... Walaupun banyak kali kena add Az balik. Mula-mula Az hilang macam tu je. Lepas tu, beberapa kali facebook dan instagram Az kena banned.."

"Itulah... Memula saya tutup Facebook sebab banyak sangat trolls kat sana. Saya upload gambar patung Britney Spears saya pun kecoh. Hari-hari kena kutuk. Mentang-mentanglah geng elit tu ada dolls mahal-mahal."

"Doll collectors kadang-kadang sangat mean, kan?"

"Memang tapi tak semua. Ada yang baik. Ada yang pernah saya musuh ketat-ketat dan benci saya dulu pun, sekarang dah boleh borak-borak balik."

"Tapi masih ramai yang perangai macam setan."

"Mungkin...Tapi biarlah. Diorng nak melalak ke apa, saya tak peduli. Asalkan saya dapat dolls yang saya nak. And at the end of the day, it's just about a doll. Takdenya sampai saya nak bunuh-bunuh diorang. Hahahaha..."

Tapi pelik gak. Seminggu ni diaorang macam senyap je... " Az menambah.

James hanya tersenyum.

"Oh ya! Boleh saya tanya pasal doll giveaway yang Mr. J anjurkan tu? Saya tak faham kenapa Mr. J buat benda tu? Kenapa perlu bawa doll kesayangan? Dah ada pemenang ke?" 

James seperti mahu mengelak soalan tersebut dan menjawab;

"Az perasan tak perangai diorang kalau bercerita pasal dolls masing-masing? Berlagak boleh tahan kan?"

"Biasalah. Dah ada, sayang kalau tak tunjuk-tunjuk. Hehehehe"

"Pemenang akan diberitahu minggu depan."

Az dan James terus berbual mengenai dolls sehinggalah tiba masanya untuk Az pulang.

"Nice meeting and knowing you. I enjoy our talk on facebook, whatsapp and instagram. You make collecting fun again. No more mean collectors. Just the joy on collecting. Hopefully can see you again."

"Boleh je. Saya hidup lagi. hahaha."

Az memasuki kereta jaguar dan melambaikan tanda perpisahan.

______________________________________________

Seminggu berlalu. Az sekali lagi menerima jemputan untuk ke rumah James. Dia dibawa oleh pemandu peribadi James. Az agak teruja kerana dia tidak sabar untuk melihat AiS Toys Museum milik James yang berada dalam rumahnya. Namun, ketika pintu rumah itu dibuka, Az disambut oleh seorang perempuan yang mengelarkan dirinya sebagai MeiMei.

"Saya peguam mewakili James," MeiMei memperkenalkan dirinya.

"Mana dia?"

"Dia telah meninggal dunia minggu lepas dan saya diarahkan untuk menunggu sehingga seminggu untuk memberikan wasiatnya. Dan kamu, Az adalah pewaris untuk semua aset, harta dan peninggalan arwah James."

Az terdiam untuk seketika sehinggalah MeiMei memberikan kunci kepadanya.

"Kunci ini diamanahkan kepada kamu. Kamu harus membukanya pada tengah malam ini. Kunci ini akan membuka pintu yang berada di bawah tanah rumah ini."

Az mengambil kunci tersebut.

______________________________________________

Beberapa minit lagi jam akan menuju ke pukul 12 tengah malam. Az masih lagi dalam keadaan terkejut. Satu-satu kawan baiknya telah tiada dan dia hanya berpeluang menemuinya sekali sahaja. Walaupun dia sudah menjadi jutawan segera, rasa kehilangan seseorang yang amat rapat, membuatkan dia kesayuan. Sesuatu yang kosong. Jam berdetik ke pukul 12 tengah maam.

"Happy birthday... To Me..." Az berbisik halus.

Az mengambil kunci yang diterimanya dan menuju ke bilik bawah tanah. Dia membuka pintu tersebut. Lampu dibuka dan terdapat pelbagai hiasan sambutan hari jadi dihiasi di seluruh bilik. Tetapi dia tertarik dengan sebuah kotak yang dihiasi bagaikan kotak hadiah. Terdapat sekeping kad besar dilekatkan.

HAPPY BIRTHDAY. MY LAST GIFT FOR YOU. NO MORE MEAN COLLECTOR, JUST A PERFECT DOLL CUSTOMIZES FOR YOU.

THANKS FOR BEING A FRIEND TO SOMEONE WHO'S LONELY AND OLD. 

LOVE XOXO JAMES. 

Az membuka balutan kotak dan matanya terbeliak melihat the perfect doll! Gabungan mayat-mayat yang dihiasi bagaikan patung. Sebuah patung berwajahkan Aria, mempunyai buah dada, bahagian pinggul dijahit bersama dengan sepasang tangan yang mempunyai tanda Jin-Ho! Az menjerit!!!



______________________________________________

Seseorang sedang melihat video-video yang dirakam oleh James. Video- video itu dinaikkan dalam laman facebook, twitter, youtube dan instagram milik Suria, Aria, Nina, Dude, Ella dan Jin-Ho.

Beberapa minit kemudian, Malaysia digembarkan dengan pembunuh bersiri yang masih tidak diketahui identitinya.

No comments:

Post a Comment