Saturday 20 May 2017

Malaysian Horror Story : Love Ep 1 : Pokemon

Amy menekam pisau tajam sehingga memasuki kepala lelaki itu. Kepala lelaki itu dihunus beberapa kali. Mata lelaki itu dikorek keluar. Lehernya dihiris. Dagu lelaki itu dipotong. Kepalanya dipenggal. Bahagian perutnya disiat-siap bagaikan menyiang ikan. Tulang-temulang dipatahkan. Isi perut dikeluarkan ganas. Dagingnya dipotong-potong halus. Darah terpercik keluar, sehinggalah lelaki itu tidak lagi mempunyai fizikal manusia sempurna.

"Mampus kau, Pokemon!" Amy menjerit gila.

---

Amy membuka matanya dengan perlahan dan melihat dia sedang terbaring di atas katil pesakit di dalam bilik hopsital. Di depannya, seorang lelaki memakai t-shirt Pokemon meletakkan jambangan bunga dalam pasu.

"Amy cam mana? Sihat?" ujar lelaki itu.
"Sihat je. Kenapa I ada kat sini?"
"You pengsan masa kat kelas tadi. I volunteer untuk jaga you. I kan Pokemon you. Setia teman you. Hehe."
"Poke...Eh...you, mama I dah tanya banyak kali dah. Bila you nak..."
"Nak apa?"
"I kan perempuan. You laki. Jadi.... Tak elok lama-lama tak ada ikatan."
"You sanggup ke nak kahwin dengan I? Kalau kahwin dengan I, you tak boleh dah main-main anak patung dah. You tak boleh dah travel. Pergi Jepun I larang keras! Kawan dengan laki pun tak boleh dah! You tak boleh layan drama Jepun! You kena berhenti kerja! I nak you duduk rumah 24 jam! Tak leh nak manja-manja dengan mama you. Adik-beradik you. I tak suka! Lagipun kahwin dengan I, you akan sakit sepanjang masa. Sanggup???"
"I...Sanggup"

Amy tidak dapat mengawal lidahnya. Walaupun dia rasa syarat-syarat yang ditetapkan oleh lelaki itu melampau, dia mengeluarkan kata bersetuju.

"Kalau macam tu, malam ni jugak kita nikah! I pun tak sabar. I balik dulu buat persiapan!" Lelaki memberikan senyuman dan berlalu keluar.


---

Pipi gebu Amy dihiris laju, menyebabkan dia terjaga. Amy menjerit sekuat hatinya, sambil menahan kesakitan.

"Jeritlah kuat mana pun. Tak ada siapa yang dengar."
"Kenapa you buat I macam ni? You dah gila!?" Amy melaung.
"I suka tengok you sakit. Sejak kita jumpa kenal, I nak sakitkan you. I nak sakitkan jiwa you. I nak sakitkan emosi you. I nak buat otak you jadi sakit! I nak you sakit!"
"Untuk apa!?"
"Sebab I tahu, I buat apa pun kat you, you tetap sayangkan. Sekarang you pun dah setuju nak kahwin dengan I. I nak pastikan muka you dah tak cantik. I nak toreh-toreh. Biar semua lelaki jijik tengok you!"

Lelaki itu menunjukkan pisaunya dan bersedia untuk menoreh wajah Amy.

"Bangsat!" Amy memecahkan pasu bunga ke atas kepala lelaki itu.

Lelaki itu pengsan, dan apabila Amy melihat wajahnya yang semakin hodoh kerana torehan pisau lelaki itu, dia bagaikan dirasuk. Dia merampas pisau lelaki itu dan mula menjahanamkan fizikal lelaki itu sehingga hancur.

---

Amy menangis teresak-esak di tepi katilnya, sehingga tidak menyedari pengetua sekolahnya, Encik Jay melihatnya dari luar.

"Bagaimana keadaan dia, Doktor?" Encik Jay risau.
"Kami sempat menahannya dari mencederakan diri. Pipinya masih dirawat, tetapi masalah emosi dan otak dalam keadaan bahaya kerana dia dijangkiti virus baru. "
"Virus apa?"
"Pokemon."

Encik Jay melihat Amy meraung, menyebut nama 'Pokemon' berulang kali.

No comments:

Post a Comment