Thursday, 28 July 2016

Malaysian Horror Story : Doll Collector Ep 4 : Fuck You!

Fuck Aria!
Anally!

"Najis! Tak ingin aku nak liwat pondan tu!" Suria mengoyakkan kad yang diterimanya, sebagai arahan oleh Mr. J untuk memenangi satu doll super exclusive.

Kad itu dibuang kepada tong sampah dan dia terus bergegas kembali ke boudoir-nya. 

______________________________________________

Suria dikejutkan dengan panggilan telefon. Dia melihat skrin telefonnya, ejennya Steffy memanggil. Panggilan tidak terjawab. Miss Called 20 kali. Ketika dia mahu menyambung tidurnya, pintu kondonya diketuk beberapa kali. Loceng dibunyikan sehingga dia tidak tahan sabar lagi. Dia segera bangun dan mengambil Louboutin-nya menuju membuka pintu rumahnya. Dia membaling kasut-nya ke arah Steffy yang menantinya di luar.

"Setan! Aku nak tido!!!" Suria menjerit.

Beberapa jirannya melihatnya dengan pandangan serong.

"Muka je cantik. Perangai macam iblis!" Jiran 1 mengutuk.

"Dah lah suara jantan!" Jiran 2 menjerit.

Suria terus naik angin dan membuka gate pintu rumahnya. Dia mengambil Manolo Blahnik-nya yang ada di luar pintu.

"Sapa iblis! Sundal!!! Mata ko aku sumbat dengan Blahnik aku!"

Steffy menahannya, "Dahlah. Nanti paparazzi rakam u. Sekarang zaman youtube!"

"Babi! Setan! Sundal!" Suria terus menjerit sambil ditarik masuk ke dalam oleh Steffy.

Apabila masuk ke dalam, Suria membaling kasutnya ke arah televisyennya sehingga skrinnya pecah. 

"Ko kenapa datang pagi-pagi buta ni! Ko tahu kan aku tak suka!" Suria menjerit lagi.

"Sekarang dah pukul 1 tengahari!" Steffy jengkel dan menyambung, "I datang nak tanya why you tolak runway shows? Banyak tau local designers yang booked you! Grumpy James! Bag of Cynth! Sazwan Ismail Creation! Aral Ghostier! Ryan Liang! WHY!?"

"Local je! Dulu aku pernah catwalk untuk Atelier Versace! Dolce and Gabbana! Chanel! Fendi! Even Victoria Beckham pon aku reject!"

"Tapi tu dulu! Masa you tengah hot!"

Suria membesarkan matanya, "Hello! Aku MASIH HOT!"

"Hot? You tau tak sekarang nama you dah busuk! Kat internet semua mengata pasal you tau!"

iPhone Suria berbunyi. Sms dari Aria, mengatakan, " Nyah perasan! Kalau ko x puas ati, dtg rumah aku sekarang! Fuck you!

Suria mencapai jaket tweed Chanel, clutch Alexander McQueen dan kunci kereta lamborghini-nya dan bergegas keluar.

"SURIA!!!" Steffy menjerit.

______________________________________________

"BABI! BABI! BABI! BABI!" Suria mencarut sepanjang perjalanan ke rumah Aria.

Apabila dia sampai Aria...

"BABI! Bukak PINTU!!!!" Suria menjerit sambil mengetuk pintu rumah Aria.

Aria membuka pintu rumahnya. Wajahnya kelihatan runsing. Suria menolak Aria ke tepi dan masuk ke dalam rumahnya.

"Apa masalah ko!!!..."

Aria mengetuk kepala Suria dengan pasu bunga. Peluh keluar dari dahi Aria dengan laju...


No comments:

Post a Comment